Salam, selepas berehat lama daripada berkarya hari ini barulah ada masa sikit untuk menulis. Mana tahu ada manfaat untuk kita bersama. Biasanya memang boleh menulis pun, tapi saya tak suka menulis dalam tergesa-gesa atau terpaksa. Kualiti bahasa tidak terjamin..hehehe.Hari ini saya bukanlah hendak menulis cereka tetapi nak membuat review tentang pam susu dan perkara-perkara asas yang perlu diketahui tentang penyusuan ibu. Sekarang ni pam susu semacam menjadi trend dan macam2 jenama serta harga pun ada. Ia terpulang kepada keperluan dan kemampuan masing-masing.
Pada awalnya tak terfikir pun nak beli pam susu ni. Tak ada dalam kamus hidup saya langsung. Tapi bila berkahwin dan tiba2 dapat anak kalut la juga. Dah la bekerja dan terfikir nak berikan yang terbaik untuk anak. Kalau ikutkan tak ada yang menyokong saya untuk memberi susu badan. Ada banyak suara2 di belakang yang menyarankan susu formula. Tapi saya nak anak saya bijak, sihat dan yang paling penting cuba mengikut saranan Islam. Kalau boleh menyempurnakan dua tahun penyusuan ibu. Pendek kata sepanjang lapan bulan lebih bergelumang dengan penyusuan ibu, bukanlah mudah. Susu naik dan turun tu perkara biasa. Apalagi bagi mereka yang pertama kali nak cuba menyusukan badan, memang bergelut juga. Tapi percayalah perbuatan baik akan selalu ada pertolongan dari Allah yang penting kita mesti bertekad.
contoh buku tentang penyusuan ibu.
Susu ibu sebenarnya sangat cukup! Jika kita menyusukan atau pam lebih banyak maka akan lebih banyaklah pengeluaran yang dihasilkan. Ini kerana badan kita sudah disetkan untuk menghasilkan susu ganti setiap kali kita pam/menyusukan bayi. Jika kita biarkan susu itu tanpa dipam ketika kerja ia akan menghantar isyarat bahawa anda tidak memerlukan pengeluaran yang banyak. Jadi faktor utama mempengaruhi banyak dan sikitnya pengeluaran susu itu adalah diri kita sendiri. Faktor lain adalah stress, kesihatan, maind set (pemikiran kita), kekerapan mengepam dan paling penting direct feeding.
PAM SUSU DAN IBU
Kenapa kita perlu pam susu? Kerana kebanyakkan ibu2 sekarang ini bekerja, jadi untuk memastikan anak mendapat khasiat yang terbaik ibu2 perlu menyimpan stok susu yang cukup untuk bayi. Kita juga perlu pam susu untuk mengelakkan badan TERKELIRU yang kita tidak memerlukan susu lagi jika tidak mengepam dalam masa yg lama. Ini boleh menyebabkan kekurangan susu masa hadapan. tetapi PAM terbaik ialah menyusukan bayi anda secara langsung. Tiada pam yang setanding dengan bayi anda (walau pun pam mandela yang hebat tu). Masa paling baik membuat stok susu ialah semasa berpantang sebelum masuk kerja (jangan macam saya, seminggu nak kerja baru terkapai2 nak stok..alamatnya parah la. Masa berpantang susu dihasilkan berlebihan kerana badan baru nak menyesuaikan diri dengan keadaan badan dan demand bayi. Kalau dah bersalin nanti pasti ibu2 akan rasa bengkak susu.
Namun, bengkak susu bukan bermakna susu senang nak dikeluarkan. Pada 2 minggu awal selepas bersalin. Payudara perlu diurut dan dituam sebelum dipam. Ibu2 juga akan merasakan kesukaran untuk mengepam. Jangan bimbang ini memang masalah UNIVERSAL, jangan kecewa atau panik. Teruskan usaha. Pam dan Badan juga MENGAMBIL masa untuk menjadi serasi. Tidak semua orang bertuah pam terus dapat banyak. Rajin2lah cari maklumat tentang cara memperbanyakkan susu, doa-doa dan cara menjaga kesihatan diri. kalau kita sihat barulah dapat menyusukan bayi dengan baik.
bersambung bahagian 2...tak sangka panjang pula..:)




