Hampir setengah tahun menyepi, rindu pula nak menulis. Bukan apa, blog lama dah tutup. Asyik sibuk dengan kesedihan tak perasan pula blog tu perlu diperbaharui. Sayang juga, macam-macam 'kajian dan pemerhatian' aku tulis dalam blog tu hilang macam tu saja...huhuhu..Kisah lama pun terkubur bersama-sama...^_^
www.ardianaardilan.co.cc (kerana aku seorang wanita)
dalam kenangan Jun 2011
Hmmm, dalam masa 6 bulan ini banyak perkara yang berubah. Ada perkara yang baik ada juga perkara yang kurang baik. Yang baiknya aku jumpa seseorang baik, harap dia terus baik dan akan mengajar aku menjadi seorang perempuan yang baik..
Yang tak baiknya...entahlah, mungkin perasaan aku sahaja..Ya, mungkin kita merasakan sesuatu itu tidak baik untuk kita tetapi disebaliknya terkandung hikmah dan kebaikan yang banyak untuk diri kita...Semoga dalam diam dan kegelapan akan aku temui suatu keterangan...Semoga hilang rawan dihati..hehehe
Oh ya, Hari Raya bakal melabuhkan tirainya...Tapi diakhir-akhir ini mungkin masih sempat mengucapkan selamat hari raya..Maaf zahir dan batin..Kepada rakan-rakan yang baru melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru, dan kepada yang baru mendapat cahaya mata pertama, kedua, ketiga dan ..... Tahniah diucapkan, semoga dimurahkan rezeki dan menjadi ibubapa yang cemerlang..:)
~ Aku Yang Baru ~

